KALENDAR PAINTBALL

2010 CALENDAR

Note: If anyone want to announce any paintball activity can send me an email and I will upload it here.

29 July 2009

See!!!!......


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


28 July 2009

If Excited, Do This

27 July 2009

Yakuza Ke My NPL Sirkit 4

Sah!, pasukan Yakuza akan mengambil bahagian dalam My NPL Sirkit 4 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 dan 2 Ogos 2009. Ini merupakan kali kedua Yakuza mengambil bahagian dalam My NPL setelah sirkit pertama dahulu. Hari Sabtu lalu mereka mengadakan latihan terakhir sebelum kejohanan.
Kredit gambar seperti pada foto.


NPPL San Deigo 2007

More Free Videos Here

SanDeigo Dynasty vs Infamous NPPL Boston 2007 Final

24 July 2009

Persediaan Untuk Pertandingan

Ramai pemain paintball kini pasti menyedari bahawa My-NPL Sirkit ke 4 akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 dan 2 Ogos 2009. Sudah tentu pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian sedang membuat persiapan rapi untuk tournament tersebut.

Persiapan untuk seseorang atlet mangambil bahagian dalam sesuatu sukan termasuklah persediaan fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal. Pemberatan persediaan-persediaan ini bergantung pada masa atau fasa dalam peroidisasi latihan pasukan masing-masing.

Pada masa ini boleh dikatakan pasukan atau pemain sedang berada di dalam fasa pertandingan. Jadi pada masa ini pasukan hendaklah lebih menumpukan terhadapa persediaan taktikal dan psikologikal. Tidak ada gunanya membuat latihan teknikal yang banyak atau memperkenalkan kemahiran yang baru kerana ia akan menjejaskan performance kelak. Di samping itu, pemain hendaklah mengekalkan atau maintain tahap kecergasan, kerana sudahagak terlambat untuk melakukan latihan untuk meningkatkannya.

Salah satu aspek yang juga perlu diberikan penekanan ialah pemakanan. Setuju atau tidak pemakanan memainkan peranan yang penting dalam performance seseorang atlet. Ingat tak alasan yag diberikan oleh pasukan Sepak Takraw selepas tewas dalam kejohanan baru-baru ini. "Tidak mengambil sarapan pagi." Walaupun ianya satu alasan, tetapi sedikit sebanyak ada juga kebenarannya tetapi bukanlah sarapan pagi pada hari pertandingan. Ini kerana kesan pemakanan terhadap tubuh mengambil masa sebab makanan yang kita ambil itu perlu diproses dalam apa yang dipanggil sebagai Kitaran Krebb. Oleh itu makanan yang kita ambil yang mengandungi karbohidrat dan protin serta lain-lain nutrien pada hari perlawanan tidak banyak membantu dari segi membekalkan tenaga untuk hari tersebut. Tenaga yang digunakan adalah yang diambil dari ATP yang tersimpan dalam mitochondria hasil daripada pemecahan glukos. Oleh itu tabiat pemakanan yang baik khusus untuk pemain paintball hendaklah dipraktikkan mulai minggu ini. Apa yang kita makan pada hari perlawanan bersifat akan menampung kekosongan glukos yang telah digunakan sebagai tenaga.

Ini samalah juga dengan amalan memakan pisang pada hari perlawanan. Ia hanya memberikan kesan psikologikal kepada kita tetapi potassium dalam pisang itu akan menggantikan potassium yang telah sedia tersimpan dan digunakan semasa pertandingan.

Semasa pertandingan, pemain akan kehilangan banyak air melalui peluh dan juga pernafasan yang tinggi. Air ini perlu diganti dengan serta merta. Oleh itu pemain hendaklah minum air yang ada elektrolit kerana peluh itu juga mengakibatkan kelihangan elektrolit. Elak dari minum minuman bersirap kerana ia akan menganggu sistem darah dan penghantaran oksigen. Pankreas akan memberikan isyarat yang salah kepada tubuh dengan menghentikan pengeluaran insulin kerana ia mengesan sudah ada paras gula yang banyak dalam darah. Kurang meminum air juga akan menyebabkan kepekatan darah meningkat dan ini menjejaskan sistem penghantaran oksigen.

Kecederaan Leher

Antara bahagian tubuh yang agak terdedah bagi seorang pemain paintball ialah kawasan leher. Biasanya pemain jarang memakai apa-apa perlindungan pada kawasan ini walaupun ia terdedah kepada terkena tembakan pellet sebab berada pada kawasan sasaran utama. Leher juga adalah merupakan kawasan yang mudah cedera kerana lembut dan lapisan otot tidak tebal.
Leher kita mempunyai tulang-tulang yang lembut seperti Thyroid Cartilage dan beberapa organ yang penting seperti kelenjar tiroid dan juga peti suara. Hentakan yang kuat berisiko untuk mencederakan juga organ-organ dalaman ini.


Untuk mengelakkan kawasan leher terkena tembakan pellet, pemain boleh memakai neck protector yang boleh dibeli dari outlet-outlet menjual barangan paintball.

Catu lagi cara ialah dengan berada pada posisi yang rendah (keep low profile).





21 July 2009

Paintball Di World Games 2009


Pasukan paintball German telah muncul sebagai juara dalam World Games 2009 yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan. Sukan paintball yang diadakan pada 17-19 Julai 2009, adalah merupakan sukan pertunjukan yang buat kali pertama diadakan dalam World Games. Lapan pasukan mengambil bahagian iaitu Australia (SWAT), Canada (Carnage), Germany(Ramstiein Instinct), Iran (Datis), Malaysia (Delta Rovers), Singapura (Red Sevens), Jepun (Ku) dan Taiwan (Storm). Pertandngan dijalankan secara 5 manrace to format 3.
Ranking dari permainan ialah seperti berikut:

1. German,
2. Australia
3. Iran
4. Jepun

Pasukan dari Amerika Syarikat Ironmen dan Tampa Bay Damage yang sepatutnya mengambil bahagian tidak dapat hadir. Sambutan dari penonton dikatakan amat memberansangkan dan jika segala-galanya berjalan dengan baik, sukan paintball mungkin akan menjadi salah satu daripada sukan yang dipertandingkan dalam World Games 2010.

19 July 2009

Latihan Adaptasi Gelanggang

Minggu lepas pasukan yang aku wakili Yakuza telah mengadakan satu lagi latihan sebagai persiapan untuk mengambil bahagian dalam My-NPL sirkit keempat yang akan berlangsung di Dataran Mahkota, Melaka. Sikrit ini merupakan kali kedua Yakuza mengambil bahagian setelah tidak menyertai sirkit 2 dan3 di Johor Bharu dan Kuantan.

Pertandingan di Melaka merupakan satu pertandingan yang penting buat Yakuza kerana ia boleh dijadikan langkah ke arah memperbaiki ranking sebelum tibanya sirkit kelima di Petaling Jaya kelak. Memperbaiki ranking adalah penting kerana ia akan merealisasikan harapan untuk bermain dalam Division 3 di tahun 2010. Sekurang-kurangnya Yakuza boleh mencipta nama dan menjadi pasukan yang disebut-sebut dan bukannya sekadar memasukki permainan secara tengelam timbul.

Pada latihan yang lepas beberapa orang pelajar dari HELP juga turut berlatih dan mereka merupakan kali pertama bermain paintball. Semoga kehadiran mereka itu akan meramaikan lagi pemain sukan lasak ini.

Tumpuan latihan pada hari itu ialah menyusun strategi kerana bunker pada padang yang kami gunakan sudah disusun mengikut keadaan sebenar di Melaka nanti. Ia merupakan satu peluang yang baik dari segi visualisasi pergerakan. Pemain tidak perlu lagi membuat visualisasi dalam minda bagaimana hendak bergerak kerana kami sudah pun menyusun bunker dan laluan yang akan digunakan oleh setiap pemain.

Dalam sukan melatih dalam keadaan sebenar adalah satu kelebihan. Ia merupakan satu latihan berbentuk adaptasi gelanggang. Pasukan-pasukan yang akan bermain di Melaka nanti sepatutnya mengambil kesempatan berlatih di Astaka ini sebagai penyesuaian. Sekurang-kurangnya kami sudah boleh nampak pergerakan masing-masing.

Yakuza merancang satu lagi latihan sebelum bermain di Melaka.

07 July 2009

JBPC Sunday Match 3on3

Johor Bahru Paintball Centre (JBPC) will be organising a 3on3 Paintball match and details as follows
Date: 26th July 2009 Time : 8.00 a.m to 6.00 p.m
Venue : JB Paintball Centre, Taman Mount Austin, JB. (See map for details)
Contact Person : Afendi 012-7279449 e-mail: afendi73@gmail.com

A mini 3on3 tournament open to D4 teams (Details HERE)

Registration : RM 200 per team
Pellet :RM 180 per box

PRIZE

Champion RM 1000
Runners up RM 700
Third RM 400




My Position?

I took this paintball quizz on facebook and this is the result.

My-NPL 2009 Event 4

Info tentang Event 4 yang saya dapat daripada My-NPL

Venue : Dataran Pahlawan, Melaka
Date : 1 - 2 August 2009

Field layout sudah dikeluarkan oleh My-NPL.


Perlawanan Preliminary

D2 dan D3 ialah pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009, jam 8.00 pagi
D1 dan D4 kira-kira jam 1.00 tengahari.

Field 1 (Center Court) ini untuk D1 dan D2


Field 2 (Macdev) ini untuk D3 dan D4


Field 3 (MAPAAC) ini untuk D3 dan D4

Accomodation info released by My-NPL HERE.

05 July 2009

Malaysian Super Lite 2009

Nemesis Paintball Club will be organsing the MSL 2009 at MAPAAC (ASTAKA) in Petaling Jaya on 10 and 11 October 2009. There will be a trial run of the tournament at ASTAKA on 11 July 2009. The same date will be a day filled with paintball shooting spree because HELP College is also organising a paintball competition.

Early Bird offers
MSL will be offering these prize for winners.

For details contact the following persons


04 July 2009

Gelanggang Paintball UNITEN

Hari ini aku telah pergi tengok satu tempat permainan paintball baru. Operasi tempat ni diuruskan oleh anak rakan sekerja aku dan dia telah menjemput aku untuk pergi tengok. Malangnya hari ni ia tutup dan tidak ada apa-apa aktiviti.
Tempat ini terpetak di dalam kampus UNITEN, Bangi. Tengok kat bannernya gelanggang ni diuruskan oleh Jugra Rangers. Lokasi gelanggang ini ialah berhampiran dengan Kompleks Sukan UNITEN. Ia terletak dalam satu kawasan yang terdapat pokok-pokok besar dan "bunker" terdiri dari drum-drum plastik dan juga pohon pokok. Walaupun setupnya untuk speedball tetapi kurang sesuai jika dijadikan venue latihan untuk pasukan speedball. Ia lebih berciri sebagai recreation sahaja.

Di samping itu juga terdapat target range untuk melatih ketepatan menembak.

NPPL Super 7 Scoring

How socres are tallied? Go HERE to find out.

01 July 2009

Blog Team Yakuza

Team paintball Yakuza sudah ada blognya. Klik SINI.

Brought to you by: Paintball Guns
Powered By Blogger