KALENDAR PAINTBALL

2010 CALENDAR

Note: If anyone want to announce any paintball activity can send me an email and I will upload it here.

23 January 2011

Dragon Roses Tak Gentar Pasukan Lelaki

Sebuah atrikal mengenai pemain paintball wanita ditulis oleh NOR HUSAINI NOR MAJID yang disiarkan dalam MyMetro bertajuk Tak gentar pasukan lelaki. 

WALAUPUN sering digelar pasukan sayur atau botol kicap yang memperlekehkan kemampuan mereka, sekumpulan gadis tidak pernah patah semangat untuk terus berjuang menentang pasukan lelaki yang tampak lebih hebat.
Dragon Roses boleh diumpamakan seperti sejambak bunga mawar di luar padang, tetapi bertukar menjadi naga liar apabila beraksi di padang.
pix_middle
Kumpulan yang ditubuhkan pada 2008 oleh Persatuan Paintball Kedah (KPA) itu diwakili tujuh pemain wanita dari pelbagai latar belakang seperti guru tadika, pelajar, pembantu tadbir serta usahawan.

Pengurus pasukan yang juga pemain tengah pasukan Dragon Roses, Nurfadila Wahida atau lebih dikenali sebagai Dilla mula berjinak-jinak dengan sukan lasak paintball itu dengan mengikuti suami.


Sejak itu hatinya mula terpaut dengan permainan lasak dan tangkas itu, menyebabkan dia membuka perniagaan peralatan sukan itu.



Dilla berkata, dia bersama suami menjadi lebih aktif dalam sukan paintball selepas membuka kedai mereka beberapa tahun lalu.



"Sehingga kin saya menghabiskan lebih RM50,000 untuk sukan ini, termasuk pembelian peralatan seperti marker, palet serta pakaian. Selain itu, banyak duit digunakan untuk meningkatkan mutu pasukan seperti latihan dan makanan," katanya.


Sementara itu, kapten Dragon Roses, Nurshamira Shohaimi, 22, berkata disebabkan semua pemainnya wanita, pasukannya menghadapi banyak serangan mental daripada pasukan lawan.

Menurutnya, sebelum permainan bermula lagi pasukan lawan terutama yang semua ahlinya lelaki, melancarkan perang saraf untuk menjatuhkan semangatnya serta ahli Dragon Roses.


"Biasanya sebelum perlawanan bermula, pasukan lain menggelar kami sayur, lauk, kicap dan sebagainya untuk menjatuhkan semangat kami.



"Namun kami bukan sayur, lauk atau kicap yang boleh mereka ratah begitu saja apabila berdepan di padang," katanya.



Dia yang lebih mesra dengan panggilan Myra berkata, pasukannya lebih bersedia menghadapi serangan mental selain serangan ketika perlawanan.



"Jika kami tidak kuat daripada segi mental apabila diserang, pasti kami akan kalah sebelum perlawanan bermula lagi.



"Bagi kami, biarlah pasukan lain menyerang kami dengan pelbagai gelaran, yang penting ialah perlawanan dalam padang dan kami akan buktikan kami pasukan mantap serta kompetitif," katanya.


Seorang lagi ahli pasukan, Veerat a/p Senap yang masih belajar di Universiti Utara Malaysia mula terbabit dengan sukan paintball sejak 2008.



Veerat atau Vee berkata, sukan paintball juga sama seperti sukan lain di mana atlit perlu menjalani latihan secukupnya untuk menjadi pasukan digeruni.


Dia berkata, pasukannya berlatih keras setiap Sabtu dan Ahad untuk memantapkan teknik serta meningkatkan persefahaman di kalangan ahli.



"Setiap minggu kami berkumpul untuk latihan di tempat ditetapkan jurulatih. Latihan biasanya dimulakan dengan larian sejauh 2.4 kilometer (km) hingga tiga km untuk persediaan menghadapi pertandingan," katanya.



Veerat berkata, antara latihan paling digeruni setiap ahli pasukan ialah apabila perlu lari pecut dan mengelak ditembak jurulatih.



"Jurulatih menunggu di belakang dan mula menembak, kami pula perlu lari menyelamatkan diri seolah-olah ditembak musuh ketika perlawanan.



"Latihan ini lebih teruk daripada ketika bermain kerana sewaktu perlawanan, kami boleh menyorok di belakang bunker (tempat berlindung) tapi latihan ini dibuat di padang menyebabkan kami terpaksa sentiasa berlari," katanya.



Seorang lagi ahli pasukan, Siti Nurazimah Abd Rahim atau Axie berkata, selain latihan fizikal, mereka berlatih secara teknikal bagi meningkatkan kualiti pasukan serta kemantapan.


pix_topright
Antara latihan teknikal yang penting serta sering dititikberat ketika latihan ialah teknik bunkering (berlindung), sliding (gelongsor) serta diving (terjun).

"Teknik ini semua sangat penting kerana ketika perlawanan semua skil ini mesti digunakan untuk mengelak 'musuh' serta menyelamatkan diri daripada ditembak pemain lawan.

"Selain itu, latihan ini sangat penting kerana jika tidak dilatih dengan betul, ahli pasukan mungkin mengalami kecederaan ketika bermain, sekali gus menyebabkan kekalahan," katanya.

Selain itu, pasukan Dragon Roses turut berlatih strategi permainan seperti line view (garis penglihatan) serta line fire (garis tembakan).

"Line view penting kerana kita dapat tahu kedudukan lawan selain tahu ke arah mana untuk mensasarkan serangan, selain itu strategi yang betul membolehkan kita mendapat kelebihan melihat musuh.

"Sementara itu, line fire pula untuk mengetahui ke mana arah tembakan kerana ia dapat memberi tembakan efektif untuk mematikan musuh kerana palet tidak keluar dalam garis lurus," katanya.

Menurut Azie, pasukan Dragon Roses kini berusaha memantapkan serta meningkatkan mutu pasukan untuk mencapai tahap lebih tinggi pada 2011 serta melenyapkan gelaran sayur yang sering mereka terima.

>INFO
Paintball Format M5
> Masa permainan: 5 minit
> Padang: 60 meter x 40 meter
> Kelajuan palet: Tidak lebih 160 meter sejam
> Jumlah pemain: 5 orang
KIRAAN MATA:
> Ahli hidup: 2 mata / 10 mata
> Ahli mati: 4 mata / 20 mata
> Rampas Flag lawan: 30 mata
> Rampas flag serta bawa ke kubu sendiri: 50 mata

PROFIL
NAMA: Siti Nurazimah Abd Razak
NAMA PADANG: Axie
UMUR: 21 tahun
KELAB: Dragon Roses
POSISI: Tengah
KERJAYA: Guru tadika

PROFIL
NAMA: Nurshamira Shohaimi
NAMA PADANG: Myra
UMUR: 22 tahun
KELAB:Dragon Roses
POSISI: Penyerang sayap / Snake
KERJAYA: Juruteknik

PROFIL
NAMA: Nurfadila Wahida Radzi
NAMA PADANG: Dilla
UMUR: 28 tahun
KELAB: Dragon Roses
POSISI: Center
KERJAYA: Usahawan/ Pengurus Pasukan Dragon Roses

PROFIL
NAMA: Veerat a/p Senap
NAMA PADANG: Vee
UMUR: 21 tahun
KELAB: Dragon Roses
POSISI: Penyerang sayap
KERJAYA: Pelajar

Satu lagi artikal yang ada kaitan dengan paintball tersiar di dalam Kosmo, iaitu tentang Puteri bongsu KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Puteri Intan Safinaz yang mula berminat untuk manin paintball. Artikal yang ditulis oleh Norlida Akmar Idros ialah temubual beliau dengan Baginda Tuanku Puteri. Saya petikkan perenggan ringkas yang menyebut tentang penglibatan Baginda dengan permainan ini. 

 Mengenali lebih dekat puteri berjiwa rakyat ini, Tunku Puteri ada cara untuk mengisi masa lapang selepas penat melaksanakan tugas-tugas rasmi.
“Saya minat mengisi masa lapang dengan membaca, bermain golf, berbasikal dan yang terbaru, saya aktif dalam permainan paintball,” tuturnya.
Menurut Tunku Puteri, beliau masih baru dalam sukan itu.
“Saya tidaklah pandai sangat main paintball tapi ia memang menyeronokkan. Ia satu cara yang baik untuk berinteraksi dengan golongan remaja.
“Bagi saya, jika mahu memahami keperluan remaja, kita perlu melibatkan diri dengan mereka dalam sebarang aktiviti termasuk sukan,” katanya yang kini banyak membaca buku berkaitan sejarah negeri Kedah, kepimpinan, pertahanan serta ketenteraan.
Untuk benar-benar merasai keseronokan aktiviti ekstrem itu, tiada keistimewaan diberikan kepadanya walaupun bergelar kerabat diraja. Sebaliknya, permainan paintball itu berlangsung seperti biasa.
“Ada peserta yang tanya bolehkah tembak Tunku Puteri, saya kata boleh asalkan ikut peraturan. Apa lagi, habislah badan saya lebam-lebam terkena tembakan,” cerita beliau tersenyum.

23 March 2010

PAINTBALL PRE ISSC 2010

Kelab Sukan Paintball Nemesis akan menganjurkan KEJOHANAN PAINTBALL PRE-ISSC 2010 1BELIA 1MALAYSIA bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2010

Hari dan Tarikh : Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Mei 2010
Tempat : Presinst 6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Bermula : 8.00 pagi
Penyertaan : Terbuka kepada semua, KECUALI para pemain Division 1 (D1)
Marker : Hanya Mekanikal Marker yang disediakan oleh pihak penganjur dengan loader, barrel dan tank yang sediada dibenarkan diguna. Pods dan Harness dibenarkan.
Harga palet : RM150.00 sekotak 2,000 biji
Tawaran istimewa : 40 pasukan yang pertama mendaftar akan menerima 500 biji paintball palet percuma
Yuran pendaftaran : RM50.00 sepasukan. Tiada caj untuk ID Kad.
Pendaftaran : Setiap pasukan boleh mendaftar seramai maksima tujuh (7) orang pemain
Peraturan Permainan : MY-NPL 2010
Pengadilan : MPRO
Pengurusan Kejohanan : Sekretariat MY-NPL

Hadiah-hadiah :


JOHAN - wangtunai RM500.00, Piala, 7 Medal, 5 unit Facemask Proto Axis, 5 helai Jersi DYE C10 Nemesis Limited Edition, Percuma Yuran Pendaftaran "Young Guns" untuk ISSC 2010 dan 4 kotak paintball palets.


NAIB JOHAN - wangtunai RM300.00, 7 Medal, 3 unit Facemask Proto Axis, 5 helai Jersi DYE C10 Nemesis Limited Edition, Percuma Yuran Pendaftaran "Young Guns" untuk ISSC 2010, T-Shirt ISSC 2010 dan 4 kotak paintball palets.


KETIGA - wangtunai RM200.00, 7 Medal, 2 unit Facemask Proto Axis, 5 helai Jersi DYE C10 Nemesis Limited Edition, Percuma Yuran Pendaftaran "Young Guns" untuk ISSC 2010, T-Shirt ISSC 2010 dan 3 kotak paintball palets


KEEMPAT - wangtunai RM150.00, 7 Medal, 5 Helai Jersi DYE C10 Nemesis Limited Edition, Yuran Pendaftaran ISSC "Young Guns" untuk ISSC 2010, T-Shirt ISSC 2010 dan 3 kotak paintball palets

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi sekretariat untuk maklumat lanjut
MUHSIN - 016 332 3776 / mmuhsin.mr@gmail.com
AWE - 013 271 0054 / nemesis.legion@yahoo.com
SOFIAN - 016 332 3337 / piandaud@my-npl.org
BOSS - 019 215 0472 / sports_creative@yahoo.com

02 March 2010

HALATUJU SUKAN PAINTBALL DI MALAYSIA

Saya telah berkesempatan menghadiri sesi pendengaran awam tentang permohonan pendaftaran dua persatuan untuk menjadi badan sukan paintball peringkat kebangsaan. 

Hasil daripada keputusan yang dibuat bersama oleh para hadirin dan juga pihak Pesuruhjaya Sukan, maka dipersetujui bahawa satu Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan untuk merancang satu Mesyuarat Agong dalam masa terdekat. 

Perdebatan juga telah berlaku dalam Facebook dan juga blog menyokong dan menunjukkan rasa tidak puas hati. Beberapa blog yang menulis tentang paintball juga memuatkan posting perdebatan. 

Melalui Facebook, saya membaca apa yang saya post di bawah yang saya rasa merupakan satu mesej yang positif ke arah penubuhan Persatuan Paintball Kebangsaan.

This is to inform you that we are going to have a National body for the sports we love most. I know we have waited for this quite long and I hope you are ready for this. Once we complete the registration process and the 1st Annual General Meeting (AGM), the Committee will focus not only developing the sports professionally, but a lot of issues which has troubled us for so many years will be addressed accordingly inclusive of pb development in Msia, markers, safety aspects for all parties involved (players / field owners), tournaments etc....

Finally we have the Body which will aid us to voice issues to the Government and at the same time will help the government by proposing the best way of how we can bring the game we love to a new era in Malaysia. I think you should know by now the New Steering Committee formed during the hearing on the 25 February 2010, and not only that, I also think you have heard a lot of things since then. I respect your thoughts and opinions but I hope you can stand down and give the New Steering Committee a chance to do their job.

You might think the way we formed the New Steering Committee was not in good manner, but it was not a one-man decision. Majority that came that day wanted a new Committee rather than the one proposed. I hope you understand and I am very sure Johor Ballerz are wise enough to judge. Thank you for your time.

Afendi Abdullah
Secretary
Johor Bahru Paintball Association

26 February 2010

Malaysian Paintball Federation

Satu sesi Pendengaran awam telah diadakan di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara pada 25 Februari 2010. Sesi tersebut ialah untuk mendapatkan persetujuan dari pengiat sukan paintball apabila pejabat Pesuruhjaya Sukan menolak permohonan pendaftaran Malaysian Paintball Association dan Malaysian Paintball Federation.

Selepas pembentangan oleh kedua-dua pihak bagi meraih sokongan agar para pengiat paintball memilih pertubuhan mereka sebagai badan yang memayungi sukan paintball, akhirnya hadirin bersetuju untuk memilih nama Malaysian Paintball Federation tetapi menolak Jawatankuasa yang diccadangkan oleh MPF. Sebaliknya kesemua wakil dari negeri yang hadir dan juga kelab-kelab paintball yang mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan dilantik untuk menduduki Jawatankuasa Pro tem MPF. Senarai Jawatankuasa Pro-tem ialah:

Pengerusi : Tn. Hj. Amirul (CMX Paintball Club)
Timb. Pengerusi: En. Paul Y Lam 
Naib Pengerusi 1 : En. Affendi (Johor PB Assoc.)
Naib Pengerusi 2 : En. Dean CK Lau (Tanamera PB Club)
Naib Pengerusi 3 : En. Redza (Xtion PB Club)
Setiausaha           : En. Wong YP
Bendahari            : En. Jasni (Kedah PB Association)
AJK                    : Semua wakil daripada 31 kelab dan pertubuhan yang berdaftar dengan PPS.

Maklumat JK ini diambil dari FB Hank Moody. 

24 January 2010

SHOOTING ACCURACY

CHECK YOUR PAINT

This is some piece of advice paintballers can take note. We usually skip this procedure.

30 December 2009

FREE Paintball Clinic For Young Guns


Malaysian Paintball Academy (MAPAAC) & Malaysian Paintball Players Council (MY-NPL/MPPC) will host PB clinics in-conjunction with MY-NPL event 1 for newbies of Division 4 (Young Gun).
Details as below: -
Date: 29th January 2010
Location: Tournament Venue
Time: 1500hrs onwards
Fees: FOC
Interested? Please get in touch with: -
Mr. Jim (MY-NPL/MPPC Chairman)
H/P: (+6)012-679 3729, E-mail: jim@my-npl.org
Tel: (+6)03-6277 7555, Fax: (+6)03-6277 7711 (TA) / (+6)03-7960 4724 (MAPAAC)

Brought to you by: Paintball Guns